BAB 1 Flashcards
Kaedah mendapat maklumat sejarah
Ucapan
Temu bual
Cerita dalam cerita
Apakah kelemahan kaedah di atas ? I Mudah dipercayai II Terdapat kebenaran III Mudah ditokok tambah IV Mempunyai unsur mitos
A) I dan II
B) II dan III
C) III dan IV
D) I dan IV
C
Penyelidik UKM menjumpai barangan tinggalan purba di Tapak
Arkeologi Lembah Bujang, Kedah- Berita Harian
Apakah kepentingan penemuan barangan purba di atas kepada kajian sejarah tempatan?
A) Dapat mengetahui cara pentadbiran sesebuah negara
B) Dapat gambaran tentang peradaban sesebuah masyarakat
C) Dapat mengetahui kekuatan sesebuah kerajaan
D) Dapat menilai kekayaan hasil bumi sesebuah negara
B
Ahli sejarah akan membuat tafsiran, pertimbangan, dan pemilihan terhadap sampel sejarah yang diperolehnya sebelum ia menjadi fakta sejarah.
Apakah tujuan UTAMA ahli sejarah berbuat demikian ?
A) Untuk membuktikan kebenaran fakta sejarah
B) Bagi memudahkan penulisan sejarah
C) Dapat mengkelaskan peristiwa-peristiwa sejarah
D) Dapat merakamkan peristiwa-peristiwa sejarah
A
Soalan berdasarkan petikan di bawah
……….Maka setelah bertemulah segala rakyat antara dua pihak itu,
lalu berperanglah terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu.
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
Pada pandangan anda, mengapakah sumber di atas tidak boleh dianggap sebagai fakta sejarah ?
A) Disampaikan melalui kaedah lisan
B) Diperoleh melalui kaedah bertulis
C) Diperoleh secara kronologi
D) Mengandungi mitos dan lagenda
D
Lawatan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua ke Negara China pada tahun 1974 dianggap sebagai sejarah kerana mempunyai nilai sejarahnya sendiri
Peristiwa di atas dianggap bermakna kerana
A) melibatkan peristiwa bersifat antarabangsa
B) disimpan sebagai rekod untuk rujukan ahli-ahli sejarah
C) membawa erti yang paling penting kepada individu, masyarakat,dan negara
D) mewujudkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara kedua-dua negara
C
Kota A Famosa dibina oleh orang Portugis di bandar raya bersejarah Melaka.Kota ini membuktikan bahawa orang Portugis pernah datang dan menjajah Melaka
Berdasarkan situasi di atas, apakah yang dikatakan sebagai ciri sejarah ?
A) Fakta sejarah mestilah tepat dan dibuktikan melalui sumber
B) Sesuatu peristiwa yang berlaku mestilah ada sebab dan akibatnya
C) Sejarah mesti berdasarkan peristiwa masa lalu
D) Sejarah mesti mempunyai tarikh dan tafsiran
A
Zuraidah ditugaskan untuk menghasilkan Kajian Sejarah Tempatan mengenai sumbangan seorang tokoh di kawasannya.Sumber pertama yang boleh digunakan oleh Zuraidah untuk menghasilkan kajian tersebut ialah
I minit-minit mesyuarat
II surat persendirian
III buku harian
IV kajian tentang dirinya yang telah diterbitkan
A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV
A