Bab 1 Flashcards
Kedaulatan Negara
Apakah maksud kedaulatan?
kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara
Apakah maksud kedaulatan dalam Bahasa Yunani?
kedaulatan bermaksud ‘supernuus’ atau ‘superanus’ yang bermaksud agung atau tertinggi
Apakah maksud kedaulatan dalam Bahasa Inggeris?
kedaulatan bermaksud ‘sovereignty’ yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan
Apakah maksud kedaulatan dalam Bahasa Arab?
kedaulatan berasal daripada perkataan ‘daulah’ yang bermaksud kuasa penuh terhadap pemerintahan
Apakah maksud kedaulatan dalam Bahasa Melayu?
kedaulatan dari perkataan ‘daulat’ yang bermaksud kekuasaan tertinggi pemerintahan negara
Huraikan kedaulatan tradisional
- sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara
- kedaulatan terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja
- raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi
Huraikan kedaulatan moden
- kedaulatan juga dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan
- dikaitkan dengan menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa
- lahir hasil gabungan negeri dikenali sebagai PTM 1957
Huraikan kedaulatan undang-undang
- bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang’’ yang perlu dipatuhi
- menjamin keadilan dan menjadikan negara aman, stabil dan makmur
- badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan
Huraikan kedaulatan antarabangsa
- merujuk kepada pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain
- keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan bahawa dunia mengiktirafkan negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat
Ciri-ciri negara berdaulat
- mempunyai pemerintahan
- mempunyai sempadan
- mempunyai perundangan
- mempunyai rakyat
Huraikan ciri -ciri negara berdaulat mempunyai pemerintahan
- diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi
- dijalankan secara teratur
- ketua utama negara ialah YDPA
Huraikan ciri -ciri negara berdaulat mempunyai sempadan
- merupakan garis pemisah antara negeri atau negara
- berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran
- sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa
Huraikan ciri -ciri negara berdaulat mempunyai perundangan
- sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara
- sistem perundangan penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat
Huraikan ciri -ciri negara berdaulat mempunyai rakyat
- rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara
- rakyat terikat kepada undang’’ dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah
Apakah kepentingan mewujudkan negara berdaulat?
- keberkesanan pentadbiran
- kemakmuran ekonomi
- kesejahteraan sosial
- kecemerlangan luar negara
Huraikan keberkesanan pentadbiran
- memberikan kebebasan kepada negara untuk mengerjakan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar
- dilaksanakn secara berkesan melalui jemaah menteri dan kementerian yang berkaitan
Huraikan kemakmuran ekonomi
- pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
-bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara
Huraikan kesejahteraan sosial
- negara dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan
- kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat
Huraikan kecemerlangan hubungan luar negara
- memberikan hak kpd negara untuk menjalinkan hubungan dgn negara lain
- dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang
- meningkatkan imej negara
Langkan-langkah mempertahankan kedaulatan
- Mewujudkan kestabilan politik & kemakmuran ekonomi
- Mengekalkan perpaduan kaum
- Memupuk patriotisme
- Mengukuhkan pertahanan negara
Peranan pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik & kemakmuran ekonomi
- mewujudkan pentadbiran yang cekap
- mengelakkan amalan rasuah dlm pentadbiran
-melaksanakan undang’’ negara menurut perlembagaan secara berkesan
Peranan rakyat dalam mewujudkan kestabilan politik & kemakmuran ekonomi
- memberikan kesetiaan kepada raja dan negara
- menyokong segala usaha dan dasar kerajaan
- mematuhi undang’’ negara
Peranan pemerintah dalam mengekalkan perpaduan kaum
- menggubal dasar dan undang’’
- merangka program serta kempen
- memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi
Peranan rakyat dalam mengekalkan perpaduan kaum
-menggunakan bahasa kebangsaan
-menghayati prinsip Rukun Negara
-memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum