Bab 1 Flashcards
Nyatakan definisi tenaga buruh
•Penduduk dlm sesebuah negara yg berumur antara 15@16 tahun hingga 64@65 tahun,sama ada yg sedang bekerja atau sedang menganggur.
*Tenaga buruh tak termasuk penganggur sukarela, pelajar d sekolah @ institusi pengajian tinggi, suri rumah, kanak² & pesara.
Berikan maksud guna tenaga
•Tenaga buruh yg bekerja iaitu penduduk yg sedang aktif bekerja utk mendapatkan upah atau gaji
*Ini bermakna guna tenaga merupakan tenaga buruh yg sedang mejlnkn kegiatan kegiatan eko.
Definisi pengangguran @ penganggur
•Tenaga buruh yg aktif mencari pekerjaan tetapi masih belum bekerja
*Jumlah pengangguran @ penganggur ialah perbezaan antara jumlah tenaga buruh dgn jumlah guna tenaga.
Apakah maksud kadar pengangguran?
•Peratusan tenaga buruh yang tidak bekerja berbanding dengan jumlah tenaga buruh
☆klau ada kadar maksudnya dia minta %
Berikan formula tenaga buruh
Jumlah tenaga buruh = Jumlah guna tenaga + Jumlah pengangguran
Berikan formula guna tenaga
Jumlah guna tenaga = Jumlah tenaga buruh - Jumlah pengangguran
Berikan formula pengangguran dan kadar pengangguran
Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh-Jumlah guna tenaga
Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran ÷ Jumlah tenaga buruh × 100
Nyatakan jenis pengangguran
- Pengangguran struktur
- Pengangguran kitaran/ edaran
- Pengangguran teknologi
- Pengangguran bermusim
- Pengangguran tak ketara/tersembunyi
- Pengangguran geseran/ normal
Berikan maksud upah nominal/ upah wang
●Upah nominal merujuk kepada bayaran kepada buruh dalam bentuk wang atau sumbangan mereka dalam proses pengeluaran
○jumlah wang yang diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran atau kegiatan ekonomi
Berikan maksud upah benar
upah benar merujuk kepada pendapatan benar atau kuasa beli upah wang untuk memperolehi barang dan perkhidmatan
Apakah hubungan upah benar dengan tingkat harga
Hubungan upah benar dengan tingkat harga adalah secara songsang./ semakin tinggi tingkat harga semakin rendah upah benar/ semakin rendah tingkat harga, semakin tinggi upah benar
Berikan maksud bukan upah wang
●Upah bukan wang merujuk upah yang diterima oleh buruh selain daripada wang. Contohnya dalam bentuk barangan, tempat tinggal, pengangkutan, perubatan, dll
○Upah bukan wang merupakan bayaran kpd buruh dlm bentuk barang atau perkhidmatan misalnya kemudahan perumahan dan kemudahan perubatan
Terangkan faktor yang membezakan upah mengikut sektor
a. Perbezaan keanjalan penawaran barang antara sektor
Penawaran barang sektor perindustrian lebih anjal berbanding penawaran sektor pertanian. Sebagai kesannya, apabila berlaku perubahan permintaan, pengeluaran barang dalam sektor perindustrian lebih mudah dikeluarkan berbanding dengan sektor pertanian. Oleh itu, upah yang dibayar lebih tinggi dalam sektor perindustrian berbanding sektor pertanian
b. Pengaruh kekuatan persatuan sekerja
Sektor perindustrian yang mempunyai bilangan buruh yang ramai menyebabkan kesatuan sekerja dapat ditubuhkan untuk memperjuangkan hak-hak buruh terutamannya dalam menuntut kadar upah yang lebih tinggi. Manakala dalam sektor pertanian, bilangan buruh yang sedikit menyebabkan persatuan sekerja tidak kuat. Maka upah di sektor pertanian tidak tinggi
c. Perbezaan produktiviti buruh antara sektor/ daya pengeluaran sut buruh/ perbezaan kecekapan dan pengetahuan buruh
Secara relatif, produktiviti buruh dalam sektor pembuatan lebih tinggi berbanding sektor pertanian kerana sektor pembuatan berintensif modal manakala sektor pertanian berintensif buruh.
Oleh itu upah yang dibayar kepada buruh dalam sektor pembuatan secara relatif lebih tinggi berbanding upah buruh dalam sektor pertanian
d. Perbezaan keanjalan penawaran barang antara sektor
Penawaran barang sektor sektor pembuatan lebih anjal berbanding penawaran sektor pertanian. Kesannya, jika berlaku perubahan permintaan, pengeluaran barang dalam sektor pembuatan lebih mudah dikeluarkan berbandingkan dengan sektor pertanian. Maka upah yang dibayar lebih tinggi dalam sektor pembuatan berbanding sektor pertanian.
e. Perbezaan harga barang/ produk antara sector
Secara relatif, harga barang pertanian adalah lebih rendah berbanding dengan barang perkilangan kerana kurang nilai ditambah dan digunakan sebagai bahan mentah di sektor perkilangan.Oleh itu, sektor pertanian kurang mampu untuk membayar upah yang lebih tinggi berbanding dengan sektor pembuatan
Terangkan tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan.
a). Perbezaan sifat pekerjaan
Buruh yang mempunyai pekerjaan yang mudah dan selamat akan dibayar upah yang rendah berbanding buruh yang mempunyai jenis pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
b). Perbezaan kekananan/kebolehan
Buruh yang lebih kanan dan lebih berkebolehan akan ditawarkan kenaikan pangkat dan dibayar upah yang lebih tinggi berbanding buruh yang tidak berkebolehan dan tidak memperolehi kenaikan pangkat.
c). Perbezaan jumlah jam kerja
Buruh akan dibayar upah yang lebih tinggi jika sanggup bekerja lebih lama berbanding buruh yang lain.
d). Perbezaan tanggungjawab
Pekerjaan yang memerlukan tanggungjawab yang berat dan banyak akan dibayar upah yang lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan yang mempunyia tanggungjawab yang rendah.
e). perbezaan kos latihan dan tahap pendidikan
sesuatu pekerjaan yang memerlukan kos latihan yang tinggi, maka tingkat upah bagi pekerjaan tersebut akan lebih tinggi berbanding pekerjaan yang tidak memerlukan kos latihan yang tinggi.Pekerjaan yang memerlukan tahap pendidikan yang tinggi akan dibayar upah yang tinggi berbanding pekerjaan yang tidak memerlukan tahap pendidikan tinggi.
f) Perbezaan bakat semulajadi/keanjalan penawaran
Pekerjaan yang memerlukan bakat semulajadi yang luar biasa seperti penyanyi, pelukis dan pelakon popular, penawarannya adalah tak anjal sempurna kerana sukar untuk digantikan. Oleh itu, upah yang diterima adalah amat tinggi berbanding buruh yang kurang berbakat.
Terangkan maksud pengangguran teknologi.
PengangguranTeknologi.
Berlaku akibat penggantian buruh dengan penggunaan alatan moden dalam proses pengeluaran bagi meningkatkan daya pengeluaran
Sebab berlakunya pengangguran teknologi
a.) Berlaku kesan perubahan dalam teknik pengeluaran yang digunakan
>Perubahan teknik pengeluaran daripada intensif buruh kepada intensif modal terutamanya dalam sektor pertanian dengan penggunaan jentera telah mengurangkan penggunaan buruh maka berlaku pengangguran teknologi
Perubahan dalam teknik pengeluaran yang digunakan iaitu penggunaan teknologi moden untuk menggantikan buruh dalam proses pengeluaran. Contohnya, penggunaan mesin baharu yang lebih cekap dalam sektor perindustrian telah mengurangkan bilangan pekerja yang diperlukan dalam proses pengeluaran.Maka berlaku pengangguran teknologi
b. Kekurangan penggunaan tenaga buruh
>Penggunaan mesin telah mengurangkan beberapa bahagian dalam proses pengeluaran yang mana setiap bahagian dilakukan oleh buruh yang berbeza. Contoh, penggunaan mesin dalam pengeluaran sos tomato telah mengurangkan penggunaan buruh dalam proses pengisian sos tomato kedalam botol, perlabelan dan perbungkusan maka berlaku pengangguran teknologi.
Cara mengatasi pengangguran teknologi
a. )Menyediakan kemudahan infrastruktur
>Kerajaan menyediakan kemudahan jalan raya di kawasan pendalaman, contoh dikawasan penanaman padi di mana dengan penggunaan mesin menuai dan membajak tanah telah mengurangkan penggunaan buruh. Ini membolehkan buruh tersebut berpindah pekerjaan di kawasan bandar berhampiran.
b.) Meningkatkan mobiliti buruh
>Kerajaan menyediakan pusat kemahiran dalam sektor yang berbeza seperti kraf tangan, menjahit, masakan dan lain-lain. Ini memberi peluang pekerjaan kepada buruh yang diberhentikan akibat perubahan teknologi.
c).Mewujudkan kawasan koridor ekonomi selain Kuala Lumpur
>Kerajaan telah mewujudkan beberapa kawasan baru koridor ekonomi seperti koridor ekonomi Pantai Timur, koridor ekonomi Iskandar Putri. Ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Terangkan maksud Pengangguran Kitaran.
Akibat kemelesetan ekonomi, permintaan agregat adalah rendah dan firma mengurangkan pengeluaran dan tenaga buruh.Berlaku kesan daripada perubahan ekonomi global yang tidak stabil.
Sebab berlaku pegangguran kitaran
a.) Berlaku kemelesetan ekonomi
>Kesan covid 19 seluruh dunia telah menyebabkan berlaku sekatan terutamanya kepada para pelancong. Ini menyebabkan permintaan agregat berkurangan. Kesannya, firma bertindak mengurangkan pengeluaran barangan dengan menggurangkan permintaan buruh, berlakulah pengangguran kitaran
b.) Berlaku ketidakstabilan politik sesebuah negara
>Apabila berlaku ketidakstabilan politik sesebuah negara telah mengurangkan kepercayaan pelabuh asing untuk meneruskan pelaburan di negara tersebut. Ini menyebabkan ramai pekerja diberhentikan, maka berlaku pengangguran kitaran
Cara mengatasi pengangguran kitaran
a. Kerajaan mengurangkan cukai pendapatan
>Apabila kerajaan mengurangkan cukai pendapatan kesannya pendapatan boleh guna meningkat Maka penggunaan meningkat. Kesannya permintaan agregat meningkat maka firma bertindak meningkatkan penawaran barangan dengan meningkatkan permintaan buruh. Pengangguran kitaran dapat diatasi.
b. Kerajaan Malaysia memberi bantuan kepada rakyat
>Kerajaan Malaysia memberi bantuan kepada rakyat seperti bantuan sara hidup, bantuan rakyat, bantuan keluarga Malaysia. Ini meningkatkan pembelanjaan rakyat, kesannya permintaan agregat meningkat maka firma bertindak meningkatkan penawaran barangan dengan meningkatkan permintaar buruh. Pengangguran kitaran dapat diatasi.
c. Bank Pusat mengurangkan nisbah rizab tunai
>Bank pusat mengurangkan nisbah rizab tunai menyebabkan jumlah penciptaan kreadit meningkat, penawaran wang meningkat, kadar bunga menurun, pelaburan meningkat maka permintaan agregat meningkat maka firma bertindak meningkatkan penawaran barangan dengan meningkatkan permintaan buruh. Pengangguran kitaran dapat diatasi.