B4.2 F5 Flashcards
Apa tujuan pembahagian kuasa dalam kerajaan?
Melicinkan sistem Persekutuan dan mengelakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan
Siapa yang diberikan kuasa yang lebih besar dalam pembahagian kuasa?
Kerajaan Persekutuan
Di bawah kuasa siapa Kerajaan Tempatan diletakkan?
Kerajaan Negeri
Apakah institusi yang membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia?
Parlimen
Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan adalah mengikut _______.
Senarai Persekutuan
Apakah antara perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan?
- Hal ehwal luar negeri
- Pertahanan
- Keselamatan dalam negeri
- Pentadbiran keadilan
- Kewarganegaraan
- Kewangan
- Perhubungan dan pengangkutan
- Pelajaran
- Perubatan dan kesihatan
Setiap negeri di Malaysia mempunyai _______.
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kuasa DUN adalah untuk _______.
Menggubal undang-undang negeri
Kuasa pemerintahan Kerajaan Negeri adalah mengikut _______.
Senarai Negeri
Apakah antara perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri?
- Undang-undang Islam
- Tanah
- Pertanian dan perhutanan
- Kerajaan tempatan
- Hari kelepasan negeri
Senarai Bersama membolehkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk perkara yang sama, sebutkan contohnya.
- Kebajikan awam
- Biasiswa
- Perlindungan haiwan liar dan taman negara
- Perancangan bandar dan luar bandar
- Kesihatan awam, kesihatan dan pencegahan penyakit
- Kebudayaan dan sukan
- Perumahan
Apakah peruntukan tambahan bagi Sarawak dan Sabah berkaitan dengan kemasukan negeri berkenaan ke dalam Persekutuan Malaysia?
- Undang-undang dan adat anak negeri
- Mahkamah Anak Negeri
- Kereta api di Sabah
Antara tambahan kepada Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah adalah _______.
Undang-undang diri termasuklah berhubung dengan perkahwinan, penceraian, penjagaan anak, nafkah dan sebagainya berkaitan dengan undang-undang keluarga
Akta Imigresen 1963 memberi kuasa kepada _______ untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri berkenaan.
Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah
Kerajaan Tempatan dikenali sebagai _______.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Fungsi utama Kerajaan Tempatan termasuk menyediakan _______.
- Perkhidmatan pembersihan
- Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja
- Membangunkan perumahan awam
- Menyediakan kemudahan sukan dan kebudayaan
- Menyediakan pasukan bantuan dan penyelamat
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan
- Menyediakan kemudahan awam
- Menyenggara jalan raya
- Menyenggara sistem saliran
- Mengindahkan kawasan
- Menjaga kesihatan awam
Akta yang digariskan untuk Kerajaan Tempatan adalah _______.
Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]