5.2.1 Flashcards
Apakah yang diperihalkan berdasarkan teks Sulalatus Salatin tentang pemerintah Melaka?
Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain
Apakah faedah susur galur Iskandar Zulkarnain kepada Sultan Melaka?
Memberikan taraf kedudukan yang tinggi
Apakah peranan unggul raja dalam sistem pemerintahan?
- Simbol perpaduan & kemakmuran
- Ketua angkatan tentera
- Mengetuai hubungan diplomatik
- Menyelaraskan kegiatan ekonomi
- Ketua Agama Islam
- Menegakkan keadilan
Apakah maksud diorama?
Model 3D yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi sebenar
Kepemimpinan raja dikaitkan dengan apa dalam daulat dan alat kebesaran?
Dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka & pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana & alat kebesaran diraja
Apakah daulat?
Kuasa & kewibawaan raja sebagai pemimpin
Bagaimanakah rakyat mengakui kedaulatan raja?
Taat setia sepenuhnya & tidak menderhaka raja
Apakah alat kebesaran diraja? (7)
Cap mohor, nobat, keris, lembing, mahkota, pending, tombak berambu
Bilakah alat kebesaran digunakan?
Upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja
Apakah ciri yang dimiliki oleh raja?
Berciri kepimpinan seperti adil, berwibawa & ambil berat kebajikan rakyat
Raja memerintah berdasarkan apa?
Berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikuti Hukum Kanun Melaka
Siapakah contoh pemerintah yang mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat?
Sultan Muzaffar Shah & Sultan Mansur Shah
Apakah contoh perlakuan Sultan Mansur Shah yang berwibawa?
Menasihatkan puteranya, Sultan Alauddin Riayat Shah agar adil terhadap rakyat, menyiasat tuduhan dengan teliti, dan bekerjasam dengan pegawai
Apakah kedudukan sultan dalam sistem pemerintahan KMM?
Puncak
Apakah maksud SIstem Pembesar Empat LIpatan?
Pada setiap peringkat pentadbiran terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah untuk melicinkan pentadbiran
Sultan dibantu oleh siapa dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan?
Pembesar berempat, berlapan, enam belas & tiga puluh dua
Pembesar yang dilantik dalam sistem PEL mentadbir pada peringkat?
Pusat, jajahan, daerah, mukim, kampung
Apakah tugas utama pembesar? (3)
Mewujudkan sistem pentadbiran berkesan:
- Menjaga keamanan
- Mengutip cukai & hasil lain - sistem serah
- Membekalkan tenaga tentera ketika perang & menyediakan tenaga buruh -sistem kerah
Mengapakah pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar?
Tanda untuk mendapat sokongan pembesar
Apakah kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat
Kawasan pegangan
Apakah kawasan pembesar jajahan dan daerah?
Kawasan pemakanan
Apakah yang boleh dibuat oleh pembesar di kawasannya?
Mengutip cukai & menyerahkan kepada pemerintah sebagai ufti
Pembesar berempat dikenali sebagai?
Orang Kaya Berempat
Apakah peranan Bendahara?
- Penasihat raja
- Pemangku sultan
- Menteri Utama peringkat pusat
- Ketua turus angkatan perang
- Ketua hakim
Apakah peranan penghulu bendahari?
- Pemungut hasil / ufti
- Ketua bendahari
- Ketua urus setia istana
- Ketua syahbandar
Apakah peranan temenggung?
- Hakim di darat
- Penguasa bandar & kota
- Pegawai protokol istana
- Ketua polis & penjara
Apakah peranan laksamana?
- Hakim di laut
- Pengawal peribadi raja
- Ketua angkatan laut
- Ketua utusan ke luar negara
- Ketua duta
Apakah maksud sistem serah?
Pemberian sebahagian hasil tanaman rakyat kepada pemerintah
Dilakukan sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah
Kadar & nilai serahan bergantung pada hasil tanaman & ternakan
Apakah maksud sistem kerah?
Pekerjaan yang dibuat tanpa upah
Menunjukkan taat setia, sedia berkorban & berganding bahu
Membina istana, kubu, jalan & saliran
Bilakah Hukum Kanun Melaka mula ditulis & disusun semula?
Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)
Disusun semula pada pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511)
Apakah kandungan Hukum Kanun Melaka?
Mengandungi 44 fasal berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja & pembesar
Terdapat Hukum Islam berkaitna jenayah, urusan jual beli & kekeluargaan
Apakah kepentingan Hukum Kanun Melaka?
Mewujudkan kemanan & menjamin keselamatan
Jenayah dapat diatasi dengan baik
Bilakah Undang-Undang Laut Melaka mula ditulis?
Zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran & perdagangan
Apakah kandungan Undang-Undang Laut Melaka?
Mengandungi 25 fasal menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga & tatacara jual beli
Berkaitan tanggunjawab nakhoda, anak kapal, kiwi & syahbandar
Apakah kepentingan Undang-Undang Laut Melaka?
Menyebabkan perdagangan berjalan lancar & adil
Memberikan keyakinan kepada pedagang
Apakah maksud kiwi?
Syahbandar yang menghantar & menyebarkan barangan untuk diperdagangkan
Menyewa petak tempat letak barangan di dalam kapal / perahu
Jika kiwi tidak belayar bersama-sama, tempat akan digantikan oleh wakil - maula kiwi
Undang-Undang Adat dikenali sebagai?
Adat Temenggung
Siapa pengasas Undang-Undang Adat?
Datuk Ketemenggungan di Palembang
Apakah kandungan Undang-Undang Adat?
Sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta & perundangan
Sistem penggantian sultan - takhta diwarisi oleh anak lelaki sulung
Sistem pemerintahan beraja - kuasa tertinggi di tangan sultan / raja
Apakah kepentingan Undang-Undang Adat?
Sistem perwarisan takhta berlaku teratur
Adat Temenggung diamalkan di negeri mana?
Semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan
Bilakah Adat Temenggung dibawa ke Melaka?
Awal abad ke-15