2.4 - Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara Flashcards

1
Q

Filipina (sepanyol & amerika)

A
  • Untuk menghapuskan penjajahan asing
  • Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio), Emilio Aguinaldo (Aguinaldo) - tokoh nasionalisme.
  • Jose Rizal
  • Memimpin Gerakan Propaganda untuk menuntut Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol dan mempunyai hak yang sama rata.
  • Menubuhkan Liga Sepanyol 1892 - mendesak Sepanyol lakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina.
  • Gerakan Propaganda gagal dan telah mencetuskan gerakan yang lebih radikal oleh Bonifacio.

• Andres Bonifacio

  • Menubuhkan Katipunan - gerakan revolusioner - untuk memperoleh kemerdekaan melalui revolusi.
  • Menggunakan akhbar Kalayan - sebar idea revolusi kepada rakyat Filipina.
  • berkerjasama dengan Aguinaldo memimpin Katipunan lancarkan Revolusi Filipina pada 1896 - untuk singkirkan pemerintahan Sepanyol - usaha gagal.

• Emilio Aguinaldo

  • Bekerjasama dengan Amerika Syarikat - berjaya mengusir Sepanyol.
  • Amerika Syarikat tidak iktiraf Penisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada 1899
  • Filipina jatuh bawah penguasaan Amerika Syarikat
  • Golongan nasionalis mengubah strategi - guna hubungan diplomasi melalui parti politik sederhana.
  • Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina tahun 1907 - gerakan diteruskan sehingga Perang Dunia Kedua.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Myanmar ()

A
• Perjuangan oleh
       ⇒Golongan kelas menengah 
       ⇒Sami Buddha (pongyi)
       ⇒Thakin (siswazah universiti)
• Menentang imperialisme dan pengaruh British yang mengancam agama Buddha.

• Persatuan Belia Buddha

  • Mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.
  • Isu kasut digunakan - Orang British memakai kasut ketika memasuki kuil Buddha, dianggap mencemari kesucian agama Buddha.
  • Dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma selepas diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal (U Ba Pe) - Isu bangsa Burma diperjuangkan.

• Revolusi Pelajar (1920)
- Menuntut penubuhan universiti.
• Golongan sami Buddha
- Menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi.
- Mencetuskan pemberontakan Saya San (1930-1932).
- Diketuai oleh Saya San (bekas pongyi).
- Disokong oleh golongan petani yang terbeban dengan cukai.

• Pengenalan Perlembangaan Burma 1935

  • Memisahkan Burma dan India.
  • Merangsangkan perjuangan berkerajaan sendiri.

• Golongan Thakin (siswazah universiti )
- Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk menuntut kemerdekaan.
• Pemimpin parti
⇒Aung San
⇒Kyaw Nein
⇒U Nu
- Mengguna gelaran “Thakin” yang bermaksud tuan - menegaskan agar orang Burma mesti bertuankan orang Burma.
• Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya 1937 - dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly