2.4 Organ Utama Fotosintesis Flashcards
Apakah maksud autotrof ?
Organisma yang menghasilkan makanan atau sumber tenaga sendiri.
Apakah maksud hitirotrof ?
Organisma yg bergantung kepada organisma lain utk sumber tenaga.
Berikan definisi fotosintesis.
Satu proses tumbuhan mensintesis sebatian organik daripada CO2 dan H2O dgn kehadiran cahaya matahari.
Pada tahun 1692, Van Helmont mebuat satu kajian berkenaan tumbuhan. Apakah yang dikaji oleh beliau ?
Beliau mengkaji bahawa tumbuhan membesar dgn kehadiran air yg disiram dan bukan daripada air from tanah.
Pada tahun 1772, Joseph Priestly telah membuat kajian dan mendapat hasil bahawa tumbuhan..
Membebaskan gas oksigen
Bahagian tumbuhan yg berwarna hijau juga
melaksanakan fotosintesis.
Terangkan penyesuaian struktur daun terhadap fotosintesis.
- Kutikel yg melapisi epidermis atas dan epidermis bawah yg menyelaputi daun bersifat lut sinar. Hal ini membolehkan cahaya matahari dapat diserap oleh klorofil di dalam kloroplas utk tindak balas fotokimia atau tindak balas bersandarkan cahaya.
- Kehadiran stoma di lapisan epidermis bawah membolehkan pertukaran gas berlaku semasa fotosintesis.
- Sel mesofil palisad tersusun secara menegak di dalam daun dan tersusun rapat menyebabkan cahaya matahari dapat diserap secara maksimum. Sel mesofil palisad jugak tinggi dengan kandungan kloroplas.
- Sel mesofil berspan pula mempunyai ruang udara antara sel bagi memudahkan pertukaran gas. Kurang dgn kandungan kloroplas.
- Xilem bertujuan utk mengangkut air dan garam mineral yg akan digunakan untuk fotosintesis manakala Floem bertujuan utk mengangkut hasil fotosintesis ke seluruh bahagian tumbuhan.
Apakah yg terdapat di dalam struktur kloroplas ?
Lamela
Granum
Tilakoid
Stroma
Butiran kanji
Enzim
Membran luar, dalam
Tindk balas bersandarkan cahaya berlaku di ?
Tilakoid
Tindak balas tidak bersandarkan cahaya berlaku di ?
Stroma
Apakah kelebihan klorofil ?
Boleh menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia.
Dalam tindak balas bersandarkan cahaya, apakah ‘kereta’ yang mengangkut elektron ?
Siri pengangkut elektron
Bagaimanakah ATP dihasilkan ?
Tenaga daripada elektron digunakan utk menghasilkan ATP.
Apakah yang diterima oleh penerima elektron terakhir ?
Elektron, nama penerima terakhir adalah NADP+
Pigmen apakah yang memerangkap tenaga cahaya ?
Pigmen fotosintesis
Pigmen apakah yang mengandungi elektron di dalamnya ?
Pigmen klorofil
Apakah faktor ii yang mempengaruhi kadar fotosintesis di dalam tumbuhan ?
Suhu
Kepekatan gas Karbon dioksida
Keamatan cahaya
Bagaimanakah keamatan cahaya mempengaruhi kadar fotosintesis ?
Semakin meningkat keamatan cahaya, semakin meningkat kadar fotosintesis.
Akan tetapi, kadar fotosintesis akan menjadi malar oleh kerana faktor pengehad.
Apabila keamatan cahaya terlalu tinggi, suhu akan meningkat seterusnya akan menyebabkan kadar transpirasi (kadar kehilangan air meningkat)
Oleh itu, stoma akan tertutup bagi mengelakkan kehilangan air yg berlebihan dan penutupan stoma menghalang pertukaran gas dan boleh mengganggu tindak balas biokimia atau tindak balas tidak bersandarkan cahaya.
Bagaimanakah suhu boleh mempengaruhi kadar fotosintesis ?
Suhu boleh mempengaruhi kadar fotosintesis kerana fotosintesis dimangkinkan oleh enzim.
Suhu yang terlalu tinggi berpotensi menyahaslikan enzim dan fotosintesis akan terhenti.
LAZIM, suhu optimum fotosintesis is 25-30
Bagaimanakah kepekatan karbon dioksida boleh mempengaruhi kadar fotosintesis ?
Karbon dioksida diperlukan utk fotosintesis
Semakin meningkat kepekatan karbon dioksida, semakin meningkat kadar fotosintesis dgn syarat faktor pengehad tiada.
Spektrum cahaya mempunyai
panjang gelombang yang berlainan
Cahaya apakah yang membolehkan kadar fotosintesis menjadi tertinggi ?
Cahaya merah dan biru
Mengapakah cahaya merah dan biru mampu menghasilkan kadar fotosintesis tertinggi ?
Hal ini kerana cahaya merah dan biru mempunyai jumlah tenaga yang mencukupi utk menguja elektron di dalam pigmen klorofil.
Ke manakah cahaya merah dan biru diserap ?
Cahaya merah diserap langsung ke dalam klorofil manakala
Cahaya biru diserap oleh pigmen karotenoid sebelum dipindahkan kedalam klorofil
Mengapakah kita dapat melihat daun berwarna hijau ?
Hal ini kerana warna hijau dipantulkan sepenuhnya.
Bagaimanakah negara 4 musim handle pertanian since depa ada musim luruh dan musim sejuk yang boleh melambatkan kadar fotosintesis ?
Rumah hijau dan rumah kaca yang boleh mengawal keamatan cahaya, suhu, kepekatan karbon dioksida dan kelembapan relatif udara.