1.2 - Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia Flashcards
Senaraikan lima organ deria manusia dan fungsinya.
1) Hidung (bau)
2) Mata (penglihatan)
3) Telinga (pendengaran
4) LIdah (rasa)
5) Kulit (sentuhan)
Berapakah jumlah komponen yang berada dalam mata?
15
Apakah fungsi ligamen penggantung?
Memegang kanta mata.
Apakah fungsi kornea?
Membiaskan dan memfokuskan cahaya ke retina.
Apakah fungsi iris?
Mengawal saiz pupil.
Apakah fungsi pupil?
Mengawal kuantiti cahaya yang masuk ke dalam mata.
Apakah fungsi gelemair?
Mengekalkan bentuk bola mata dan memfokuskan cahaya ke dalam mata.
Apakah fungsi konjuktiva?
Melindungi bahagian hadapan sklera.
Apakah fungsi gelemaca?
Mengekalkan bentuk bola mata dan memfokuskan cahaya ke retina.
Apakah itu bintik buta?
Bahagian tidak peka cahaya kerana tiada fotoreseptor.
Apakah fungsi saraf optik?
Membawa impuls dari
retina ke otak.
Apakah itu bintik kuning?
Sangat sensitif terhadap cahaya kerana banyak fotoreseptor.
Apakah fungsi retina?
Mengandungi fotoreseptor yang mengesan cahaya dan menghasilkan impuls saraf.
Apakah fungsi koroid?
Mencegah pantulan cahaya dalam mata. Membekalkan oksigen dan nutrien kepada mata.
Apakah fungsi sklera?
Mengekalkan bentuk dan melindungi mata.
Apakah fungsi kanta mata?
Memfokuskan cahaya ke retina.
Apakah fungsi otot silia?
Mengawal ketebalan kanta mata.
Retina mengandungi dua jenis fotoreseptor. Senaraikan dua jenis fotoreseptor berikut.
Sel rod dan sel kon.
Apakah itu sel rod?
Sel rod peka terhadap keamatan cahaya yang berbeza termasuklah cahaya samar tetapi tidak peka terhadap warna cahaya.
Apakah itu sel kon?
Sel kon peka terhadap warna cahaya dalam keadaan yang cerah.
Sel kon terbahagi kepada tiga jenis. Senaraikan tiga jenis sel kon berikut.
- Peka terhadap cahaya merah.
- Peka terhadap cahaya hijau.
- Peka terhadap cahaya biru.
Apakah fungsi organ deria telinga?
Mengesan gelombang bunyi.
Apakah fungsi cuping telinga?
Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam salur telinga.
Apakah fungsi gegendang telinga?
Bergetar pada frekuensi yang sama dengan gelombang bunyi dan memindahkan getaran ke osikel.
Apakah fungsi osikel?
Menguatkan getaran dan memindahkannya ke jendela bujur.
Apakah fungsi jendela bujur?
Memindahkan getaran bunyi dari osikel ke koklea.
Apakah fungsi tiub esutachio?
Mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga.
Apakah fungsi koklea?
Mengesan dan mengubah getaran bunyi kepada impuls saraf.
Apakah fungsi salur separuh bulat?
Mengawal keseimbangan badan.
Apakah fungsi saraf auditori?
Menghantar impuls saraf dari koklea ke otak untuk ditafsirkan.
Berikut adalah urutan mekanisme pengesanan bau.
1) Udara yang mengandungi bahan kimia. . .
. . .memasuki rongga hidung larut ke dalam mukus.
Berikut adalah urutan mekanisme pengesanan bau.
2) Bahan kimia terlarut. . .
. . .merangsang sel deria bau untuk menghasilkan impuls.
Berikut adalah urutan mekanisme pengesanan bau.
3) Impuls saraf kemudiannya. . .
. . .dihantar ke otak untuk ditafsirkan.