1.1 : Konsep Alam Melayu Flashcards
Alam Melayu merangkumi
gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.
Alam Melayu juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti
Kepulauan Melayu
Dunia Melayu
Pada masa dahulu, gugusan tanah luas terbentang yang
menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan ini dikenali sebagai
Pentas Sunda.
Kawasan di
Pentas Sunda ini mempunyai
ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama.
Pendapat dari segi geografi : Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ahli arkeologi.
Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.
Pendapat dari segi geografi : Abdul Hadi Haji Hassan, ahli akademik
Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.
Pendapat dari segi geografi : Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein, ahli bahasa dan budayawan.
Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Pendapat dari segi geografi : Alfred Russel Wallace, sarjana Barat
Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea.
Pendapat dari segi geografi : Professor Dr. Ding Choo Ming, pengkaji manuskrip Melayu
Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina.
Tokoh-tokoh ini telah mengemukakan pandangan yang hampir sama dari aspek geografi Alam Melayu, iaitu
kawasan yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar dan selatan Indochina.
Konsep Alam Melayu juga boleh dilihat dari
aspek penggunaan bahasa serumpun yang dikaitkan
dengan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu tergolong dalam
bahasa Austronesia
Pendapat dari segi bahasa : Profesor Emeritus
Dato’ Dr. Asmah
Haji Omar, tokoh bahasa.
Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai
perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. Persamaan
ini boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu.
Apabila membuat perbandingan bahasa-bahasa serumpun ini, terdapat pertalian kekeluargaan
bahasa-bahasa ini dengan bahasa Melayu.
Sebab-sebab Bahasa Melayu mudah tersebar
- Sifat orang Melayu yang gemar belayar
- Sifat
bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari
Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi
bahasa dan tulisan,
persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat.