1.1 Flashcards
Maksud ekonomi
Ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
Maksud :
-isi rumah
-firma
-kerajaan
- Sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi bersama-sama
- Unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
- Badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang
Matlamat :
-isi rumah
-firma
-kerajaan
- Memaksimumkan kepuasan
- Memaksimumkan keuntungan
- Memaksimumkan kebajikan rakyat
Apakah masalah ekonomi ? (KPKL)
Kekurangan, pilihan, kos lepas
Apakah masalah ekonomi isi rumah ?
▪︎Kekurangan : sumber pendapatan
▪︎Pilihan : memilih barang yang dapat memaksimumkan kepuasan
▪︎ Kos lepas : barang kedua terbaik terpaksa dilepaskan
Apakah masalah ekonomi firma ?
▪︎ Kekurangan : Faktor pengeluaran yang terhad
▪︎ Pilihan : memilih output yang dapat memaksimumkan keuntungan
▪︎ Kos lepas : Output kedua terbaik terpaksa dilepaskan
Apakah masalah ekonomi kerajaan ?
▪︎ Kekurangan : sumber hasil negara terhad
▪︎ Pilihan : memilih projek pembangunan yang dapat memaksimumkan kebajikan rakyat
▪︎ Kos lepas : projek pembangunan kedua terbaik terpaksa dilepaskan
Maksud keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
KKP ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh ekonomi dengan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu
4 andaian KKP
- Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
- Ekonomi mengeluarkan dua jenis barang sahaja
- Sumber ekonomi adalah terhad dan tetap
- Tingkat teknologi adalah tetap
Bentuk Keluk KKP
Berbentuk cembung yang menunjukkan kos lepas semakin bertambah
Maksud buruh
Individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
Maksud tanah
Sumber anugerah alam semula jadi
Maksud modal
Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Maksud usahawan
Individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Maksud kehendak
Keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah
Maksud kekurangan
Keinginan manusia yang jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad
Maksud kos lepas
Pulangan yang mungkin daripada barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat pemilihan suatu barangan